Saturday, December 13, 2014

BUAH KEMUNTING


BUAHNYA yang kecil dan masak memang manis rasanya terutama yang berubah warna gelap kehitaman. Ia menjadi makanan yang paling digemari burung merbah. Memakan buahnya dan menjadi agen pembiakan dengan menyebarkan biji benih kemunting bersama tinjanya. Sebab itulah, banyak anak benih kemunting ditemui di bawah pokok rendang yang sering menjadi lokasi burung-burung bertenggek dan berehat.



ADA pihak mengatakan buah kemunting boleh dijadikan ubat sakit jantung manakala akarnya adalah penawar penyakit kencing manis. Daunnya pula adalah ubat cirit-birit. Ia bukan fakta bagi rawatan dan perubatan moden tetapi berasaskan pengalaman dan kemenjadian hasil perubatan 

alternatif iaitu perubatan tradisional.

RAMAI dalam kalangan penghidap kencing manis mencari pokok liar ini di kawasan semak yang berpasir atau kawasan yang berpaya untuk mendapatkan akarnya yang kemudiannya dibersihakan dan direbus untuk mendapatkan ekstraknya. Mereka mendakwa akar pokok ini mustajab untuk penyakit berkenaan selain menghilangkan rasa keletihan.


APABILA saya memaklumkan usaha saya membiakkan pokok kemunting dan memuliharanya dari kepupusan kesan pesatnya urbanisasi yang berlaku, kebanyakan mereka mengangkat ibu jari tanda menyokong.

MEREKA berkata, kajian saintitif perlu dilakukan oleh pakar perubatan moden, hemoepati atau perubatan tradisional untuk mengesahkan kemustajabannya.


JADIKAN KEMUNTING HIASAN LAMAN 
 AGAR GENERASI ALAF BAHARU MENGENALI POKOK LIAR INI


ANAK DARI BIJI BENIH










3 comments:

  1. Adakah Encik menjual pokok ini dan Encik berada disekitar KL. Pokoknya cantik dijadikan hiasan. Ada yg utk dijual?

    ReplyDelete
  2. Adakah Encik menjual pokok ini dan Encik berada disekitar KL. Pokoknya cantik dijadikan hiasan. Ada yg utk dijual?

    ReplyDelete
  3. Saya dari Pasir Puteh, kelantan. Lazimnya, saya membuat penghantaran pos kepada peminat pokok kemunting yang ingin membeli anak kemunting ini. Puan boleh wasap ke nombor 0148141039. Saya sedia membantu.

    ReplyDelete