Saturday, November 8, 2014

KEMUNTING; BILA SESUAI DITANAM?

Penghujung tahun dengan taburan hujan yang banyak adalah ruang terbaik untuk menanam pokok kemunting. Dalam keadaan tanah yang lembab ianya banyak membantu proses pengakaran. Anda hanya menyediakan lubang dan masukkan kompos sebelum menanam pokok kemunting.

Pokok kemunting boleh dipilih sebagai pokok pagaran. Ia boleh ditanam dalam satu barisan dengan jarak dekat, berhimpit atau renggang pada ukuran dua meter jarak antara pokok.

Teksturnya akan terserlah apabila anda sentiasa memangkas dahannya. Percambahan pucuk baru dan daun lama menyerlahkan tona warna hijau pekat dan hijau muda adalah satu pemandangan yang cantik. Apa lagi kiranya buah dan bunganya lebat memenuhi bahagian atas pokok. Apa salahnya kalau anda memilih pokok ini sebagai serlahan utama seni laman rumah anda. Pokok klasik tempatan zaman berzaman.

1 comment:

  1. Alhamdulillah..setelah sekian lama mencari maklumat lengkap berkenaan penanaman pokok kemunting akhirnya sy ditemukan dgn blog tuan...terima kasih. Sila halalkan ilmu tuan...sy sndiri sedan berusaha mengumpul pokok kemunting liar....

    ReplyDelete