Di antara media / tanah yang disyorkan untuk pokok kemunting.
Tanah persekitaran pokok asal. Tanah beris. Kompos. Baja bakar dalam kadar yang sedikit. Kesemuanya digaul menjadi satu media tanaman yang sesuai untuk pokok ini. Selamat mencuba.
Friday, March 11, 2016
Pokok baharu musim kemarau
Assalamualaikum...Salam Sejahtera...Salam Kehijauan.
Fenomena kemarau panjang tidak membataskan usaha saya untuk terus mencari benih pokok kemunting yang terbiar.
Hari ini...9.13 pagi tanggal 12 Mac saya berpeluang meredah semak mencari anak benih baru pokok ini.
Kerja mengorek dan menggali amat mudah dilakukan kerana keadaan tanah yang kontang. Walaupun kemarau... pokok ini masih memiliki daya tahan yang kuat menyesuaikan dengan keadaan cuaca semasa.
Usaha menaman semula ke dalam polibag dengan siram dua kali sehari diharapkan pokok ini semakin subur.
Perkara yang perlu anda ambil berat ketika meredah semak ialah:
Tebuan pokok dan tebuan tanah.
Lebah
Kumbang bersengat
Lipan
Jengking
Waspada dengan binatan

Wednesday, March 9, 2016
KEMARAU
Assalamualaikum...
Bertemu kembali di ruangan ini dan sesungguhnya sepanjang Januari hingga April keadaan cuaca agak panas terik.
Bahang yang agak panas pastinya akan menyebabkan berlakunya kadar peningkatan suhu. Justeru media yang digunakan untuk bercucuk tanam turut mudah kering. Kiranya terabai... pokok akan menemui ajal atau paling tidak akan terbantut.
Sepanjang tempoh empat bulan ini saya syorkan jangan lakukan sebarang kerja pembajaan. Cukup sekadar menyiramnya sebanyak dua kali sehari iaitu pada awal pagi dan lewat petang atau pun malam.
Dalam keadaan yang panas... bunga yang lazimnya kembang akan mudah layu dan buahnya pula akan hanya terserlah dalam saiz yang kecil.
Ringan-ringankan tulang demi kesuburan pokok anda. Kekalkan pokok kemunting sebagai pokok hiasan sepanjang zaman.

Subscribe to:
Posts (Atom)