MUSIM HUJAN PENGHUJUNG TAHUN:
Kemunting adalah pokok yang tahan lasak. Biar pun batangnya ditenggelami air ia tetap dalam keadaan stabil. Cuma langkah perlu pastikan kawasan yang digenangi air itu tidak dipijak atau dihampiri. Biarkan ianya dikelilingi air terutama ketika berlaku banjir. Ia mampu menghadapi survival fenomena alam selagi keseluruhan pokok tidak ditenggelami air.
Musim hujan memberi bekalan air yang lebih daripada mencukupi, Kemunting masih berdaya untuk mengembangkan kelopak bunga dan berbuah. Namun pada musim ini, saiz buahnya agak besar sedikit saiznya berbanding bulan-bulan yang lain.
Mengapa anda tidak memilih pokok exotic ini sebagai hiasan laman rumah? Ia adalah pokok renek yang cantik dengan usia yang panjang dan mampu menyerikan laman rumah selain buahnya boleh dimakan dan daun serta akarnya kini menjadi ubat alternatif untuk penyakit diabetis.
Thursday, December 10, 2015
Monday, November 30, 2015
Salam Kehijauan
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sekian lama saya menyepi dalam menyambung titipan mengenai pokok exotik - kemunting yang hakikatnya kian pupus disebabkan faktor urbanisasi yang berlaku sekarang.
Atas kekangan waktu dan sibuk dengan tugasan harian banyak menghalang saya untuk menjenguk ke blog ini.
Ishaallah pada penghujung tahun ini saya akan menyambung semula sedikit sebanyak mengenai hal-hal yang berkaitan dengan pokok ini.
Sekian dan jutaan terima kasih kepada rakan taulan sabahat handai dan peminat pokok kemunting yang sudi membaca blog saya.
Wassalam.

Subscribe to:
Posts (Atom)